Kenali Kami

Bekam Hamaz merupakan sebuah pusat terapi alternatif komplementari berdaftar dibawah syarikat SO EZ Resources (002185764-T) di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Pusat terapi ini telah ditubuhkan pada 21 Disember 2012, pada awalnya nama Bekam Sunnah Thibbun Nabawi digunakan sehingga tahun 2014. Bermula tahun 2015 nama pusat terapi ini telah dijenamakan semula sebagai Bekam Hamaz bagi mewujudkan entiti yang lebih bersifat eksklusif dan komersial. Bekam Hamaz tertumpu kepada bidang kesihatan. Bekam Hamaz menjalankan perniagaan khidmat terapi alternatif serta menjalankan kursus-kursus terapi alternatif.

Bermula 1 Ogos 2016, Akta 755 iaitu Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari telah dikuat kuasakan dengan tertubuhnya Majlis yang terdiri daripada pakar dalam bidang berkaitan dan salah satunya adalah GAPERA (Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Melayu Malaysia) yang bernaung secara langsung di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Bekam Hamaz yang berdaftar di bawah PERHIJAM (Persatuan Perubatan Islam Hijamah Malaysia) adalah badan gabungan di bawah GAPERA. Dengan berkuat kuasanya Akta ini, semua pengamal wajib untuk berdaftar lesen di bawah KKM bagi memastikan semua pengamal mematuhi garis panduan serta SOP yang telah digariskan oleh pakar. Jika gagal berbuat demikian, pengamal boleh didakwa dan dikenakan denda maksimum RM20,000.00 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Setakat Mei 2017, Bekam Hamaz telah memberikan khidmat terapi kepada lebih 9,000 orang sekitar Bangi dan juga dari luar Bangi serta Selangor. Bekam Hamaz juga menyimpan lebih 2,000 pangkalan data pesakit dan hampir 50 peratus adalah pelanggan tetap Bekam Hamaz. Kami juga mendapati bilangan pesakit yang mendapatkan terapi di Bekam Hamaz meningkat setiap bulan. Kami mengamalkan prinsip : Golden Rule – Layanilah orang lain seperti mana anda ingin orang lain melayani anda. Kami juga menawarkan khidmat konsultansi kesihatan selepas jualan serta produk kesihatan berasaskan herba.

VISI

Menjadi syarikat nombor satu di Malaysia dalam menyediakan servis terapi kesihatan tradisional dan komplementari yang terbukti berkesan dalam membantu meningkatkan kualiti kesihatan serta khidmat latihan dalam melahirkan juruterapi berkemahiran menjelang tahun 2023.

MISI

  • Menyediakan servis penjagaan kesihatan dan khidmat latihan yang efektif menjelang tahun 2020.
  • Menyediakan modul dan teknik terapi yang terkini dan efisien sesuai dengan perkembangan teknologi semasa menjelang tahun 2020.
  • Menyediakan kepakaran yang intensif selari dengan garis panduan yang ditetapkan KKM serta badan berkaitan.
  • Memberi pendedahan tentang kebaikan Terapi tradisional komplementari yang lebih selamat bersumberkan bahan kajian yang berautoriti dan benar.