Benarkah vaksin boleh dikeluarkan dari badan melalui kaedah bekam?

Pertamanya kita kena faham apa yang berlaku semasa mengambil vaksin. Vaksin yang disuntik akan terus masuk ke dalam salur darah dan berlaku sirkulasi ke seluruh anggota tubuh. Jadi bagaimana mungkin vaksin nak dikeluarkan? Dengan kaedah apa?

Vaksin tidak boleh dikeluarkan dengan kaedah bekam. Bekam adalah amalan perubatan tradisional yang digunakan untuk merangsang peredaran darah, menghilangkan toksin, atau meredakan kesakitan dan inflamasi melalui teknik penyedutan menggunakan cawan(cup) bekam pada kulit. Ia tidak mempunyai bukti saintifik (belum lagi) untuk membuang atau mengeluarkan vaksin dari badan.

Vaksin berfungsi dengan merangsang sistem imun tubuh untuk menghasilkan perlindungan terhadap penyakit tertentu. Setelah disuntik, vaksin tidak boleh “dikeluarkan” melalui bekam atau sebarang kaedah tradisional lain. Proses imunisasi berlaku di dalam tubuh dan mengambil masa untuk memberikan perlindungan jangka panjang.

Sekiranya ada sebarang kebimbangan atau kesan sampingan berkaitan vaksinasi, adalah lebih baik untuk berjumpa dengan profesional perubatan yang boleh memberikan nasihat dan rawatan yang tepat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *