Dalam zaman yang cukup mencabar ini, tekanan dari sudut ekonomi, perkembangan pesat teknologi digital yang membawa impak kurang baik, pencemaran alam sekitar serta diet pemakanan yang kurang seimbang menyebabkan wujudnya golongan-golongan yang terdedah dengan penyakit kronik. Bekam adalah salah satu kaedah pencegahan terbaik kerana tidak memerlukan pengambilan ubat serta kos yang murah berbanding kos untuk mengubat setelah sakit dan melarat.
Berikut adalah 7 golongan yang perlu berbekam:
Terdapat beribu-ribu bahan kimia beracun dalam asap rokok.Kepada perokok dinasihatkan supaya berbekam bagi menyingkirkan toksin serta nikotin dalam badan.
Bekam juga bertindak mengurangkan ketagihan merokok. Berdasarkan pengalaman kami sendiri, ada diantara pelanggan kami yang telah berhenti merokok selepas melakukan rawatan bekam.
2. MALAS BERSUKAN
Faktor persekitaran dan jenis makanan yang diambil boleh menjadi punca banyaknya toksin terkumpul dalam badan.
Salah satu cara untuk mengeluarkan toksin secara semulajadi adalah melaui peluh. Jika kita malas untuk bersukan maka toksin dalam badan akan terus terkumpul dan akan menjadi tepu yang boleh menyebabkan terjadinya penyakit.
Bekam bertindak mengeluarkan toksin serta melancarkan perjalanan darah untuk menjadikan kita sentiasa sihat dan cergas setiap masa.
Tempoh masa terbaik yang disyorkan untuk bekam bagi seseorang yang sihat adalah 3 bulan sekali.
3. STRESS
Masalah stress sering terjadi adalah disebabkan gangguan emosi, masalah persekitaran, masalah kerja dan akibat terlalu memikirkan hal-hal yang negatif.
Stress biasanya terjadi kpd golongan dalam lingkungan rumur 25-45 tahun. Masalah ini boleh diatasi dengan melakukan amalan bekam mengikut aturan jadual yang sesuai mengikut kondisi kesihatan seseorang.
Toksin yang dikeluarkan daripada darah kotor boleh melegakan masalah ini dan mendapat kesan serta merta sejurus selepas rawatan.
4. SAKIT KEPALA / MIGRAIN
Migrain berbeza dengan sakit kepala yang disebabkan oleh masalah lain seperti tekanan darah tinggi, tekanan darah rendah dan sinus atau resdung. Migrain lazimnya hanya tertumpu pada sebelah kepala sama ada di bahagian kanan atau kiri kepala. Migrain boleh berpindah pada bahagian kepala lain dan ada juga kes ia mengenai semua bahagian kepala.
Orang yang mengidap migrain biasanya menjadi peka terhadap cahaya, bunyi dan bauan sehingga sesetengah keadaan jika cahaya, bunyi dan bauan yang berlebihan akan menambahkan lagi sakit yang dirasainya.
Melalui bekam (rangsangan dari tusukan jarum) akan dapat mengimbangi kadar serotonin pada kadar yang normal sehingga mampu mengelak dari berlakunya peradangan pada mana-mana bahagian saraf serutamanya saraf kelima atau trigeminal nerve.
Melalui bekam juga dapat mengeluarkan unsur-unsur kalsium dari otot-otot pembuluh darah otak, sehingga penyempitan dan perengangan pembuluh darah tidak akan berlaku. Dengan ini, masalah migrain dapat di atasi.
5. RESDUNG / JERAWAT
Ramai yang tidak tahu antara punca terjadinya jerawat adalah disebabkan darah kotor yang tepu di permukaan kulit.Jika tidak dikeluarkan darah kotor tersebut maka kuman yang menjadi punca jerawat yang tiada habisnya.
Berbekam disekitar muka mengikut point point yang ditetapkan InsyaAllah dapat menyembuhkan masalah resdung dan jerawat secara maksimum kerana darah kotor telah dikeluarkan dan renegerate hormon akan aktif pada tempat yang dibekam.Fungsi renegerate hormon adalah memperbaiki segala masalah kepincangan organ/tisu pada tempat yang dibekam.
6. CEPAT LETIH / LESU
Badan terasa lesu dan cepat lebih biasa perjalanan darah yang membawa oksiden dan nutrien ke seluruh sel/organ kurang lancar. Hal ini disebabkan berlakunya penyumbatan dan penyempitan dalam salur darah yang menghambat perjalanan darah tadi.
Berbekam cara terbaik untuk atasi masalah ini. Lebih-lebih lagi bagi melepaskan penat lelah dan keletihan melampau akibat kerja seharian. Badan kita memerlukan rehat yang secukupnya. Cara termudah adalah dengan berbekam.
Selepas berbekam, anda akan merasa ringan dan selesa disebabkan peredaran darah yang lancar. Kecergasan badan akan dapat dirasai sejurus selepas rawatan.
7. GOUT / SAKIT SENDI / TEGANG URAT DAN OTOT
Gout secara teorinya terjadi apabila adanya sejumlah endapan kristal Uric Acid pada persendian, lebih mudah mengena pada persendian kaki. Kebanyakan mereka yang terkena gout adalah dari golongan dewasa dan jarang menimpa mereka yang remaja. Wanita yang telah putus haid juga jarang dikesan menghidapi gout.
Berbekam boleh mengeluarkan kristal Uruc Acid kerana sememangnya ia berada di dalam darah. Bekam dilakukan terus pada bahagian persendian yang diserang gout serta beberapa bahagian lain yang berhampiran serta pada bahagian buah pinggang serta liver (hati).
Jika sewaktu berbekam tersebut kawasan yang diserang gout menjadi bengkak, merah dan berdenyut ia akan mulai berkurang setelah dibekam. Rawatan bekam susulan diperlukan dalam tempoh seminggu bagi kesan yang terbaik.
Jika terdapat masalah selain gout di dalam tubuh pada ketika itu, berbekam akan membantu, membaiki, membaik pulih sistem kerja organ utama badan seperti buah pinggang untuk membuang kandungan Uric Acid secara semulajadi, serta ia juga akan menambahkan fungsi kerja liver (hati).