Sejak kebelakangan ini, semakin menjadi fenomena dan trend menghisap E-cigarette/vape terutamanya dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah. Untuk golongan dewasa pula menurut mereka ia menjadi alternatif kepada rokok dan kaedah berhenti merokok secara berperingkat . Bahkan ada juga golongan yang tidak pernah merokok menjadi penghisap vape disebabkan trend semasa. Kajian terbaharu mendapati E-cigarette/vape juga dapat memberi kesan yang tidak baik kepada tubuh badan.

1. Membunuh sel Stem dalam otak – Sel stem adalah sel yang sangat penting yang mampu menggantikan apa-apa sel yang mati/rosak dalam tubuh manusia. Kajian terhadap tikus di makmal yang didedahkan dalam jangkamasa tertentu dengan asap vape didapati kadar sel stem dalam otaknya berkurangan dari sebelumnya. Hal yang sama juga boleh berlaku kepada manusia terutamanya golongan ibu mengandung dan kanak-kanak. Hal ini amat bahaya kepada mereka kerana jika terdedah dengan asap vape untuk tempoh tertentu boleh menyebabkan otak bayi dalam kandungan dan kanak-kanak yang dalam fasa perkembangan terencat dan terbantut.

2. Meningakatkan risiko penyakit kardiovaskular (sakit jantung/strok) – Kajian mendapati darah penghisap E-Cigarette/vape mengandungi kadar nitrik oksida yang rendah berbanding mereka yang tidak menghisap vape. Kadar nitrik oksida yang rendah dalam darah menyebabkan mudah berlakunya sumbatan serta gangguan perjalanan darah. Jika hal ini berterusan menyebabkan berlakunya strok dan juga sakit jantung.

3. Membunuh sel alveoli dalam paru-paru – Sel alveoli sangat penting bagi memastikan pertukaran oksigen ke dalam darah kita untuk dihantar ke seluruh tubuh badan. Asap vape mengandungi logam yang berasal dari koil/pembakar dalam E-cigarette/vape seperti kromium, nikel yang boleh mematikan sel alveoli. Jika sel alveoli mati, boleh menyebabkan komplikasi yang teruk pada sistem pernafasan dan tubuh badan seluruhnya.

4. Mengurangkan kemampuan tubuh melawan jangkitan kuman dalam salur pernafasan dan paru-paru – Dalam dinding rongga pernafasan manusia terdapat satu sel yang dikenali sebagai makrofaj alveolar yang bertindak memastikan salur pernafasan bebas dari bakteria, allergen dan habuk berbahaya. Kajian mendapati makrofaj alveolar yang terdedah lama dengan asap vape akan mati seterusnya menyebabkan penghisap vape kekurangan kemampuan bagi melawan bakteria dan jangkitan dalam salur pernafasan.

5. Mempercepatkan proses penuaan/tua dan kanser – Wap vape mengandungi radikal bebas / oksidan yang mampu mempercepatkan proses penuaan serta mampu merosakkan struktur normal DNA yang menyebabkan sel tumbuh tanpa kawalan sehingga terjadinya tumor dan kanser.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *